|
|
| Monday, 18-Jun-2007 13:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Shah Alam Xciting Race...
|
|
Finally im in the mood to update my fotopages entry again...thanks to this event..plus i' ve been in many activities recently. Shah Alam Xciting Races is one of the latest. It start when my college from UM asked me to join this race which he read the advert on the star. mmm....im having the tought to reject his offer...mainly bcoz of my stamina huhu... quess what!!! after giving it a second tought, it joined it. Its fun and somehow release me from my oversea stress....plus i get to know many peoples.
We register the even at wisma MBSA (of course in Shah Alam). Our team consists of 4 people....Adli, Zarina, Me and Fazleen. All of us is just like a stranger b4 this. We all just know each other...more or less...
The race starts at 16th June 2007. What a bright day to start a race....after heavy rain strike klang valley for about a week (Flood in KL--my mom and sister bought few bed sheets, samping and sajadah bcoz after the flood, the store at jalan masjid india made this crazy offer out of their damage goods ). The race starts at dataran Shah Alam. We came there as early as 7.30 am +-...hehe coz someone late and somebody tire was flat huhu...
from dataran shah alam, the clue leads us to palaza alam sentral. Inside the plaza we have to search for certain store to complete the question within the clue. The second clue leas us to seksyen 28, where we have to walk with the stick. It was easy for us. Then I don’t remember in numerical order, which check points we went through. There at least 11 checkpoints.i think after that we went to buukit cahaya seri alam where I and fazleen cycle to taman kaktus. Gosh its tiring. Wish I could do the second task (answer the question with a given clue in the given paper…it also tiring tough… huhu) In Shah Alam, we do abseiling at bulatan masjid,then off we go to the seksyen 19 or 17 (if im not mistaken) for wall climbing. Before that we have to pick old news paper and sell it to recycle center at seksyen 11. From there we were separated to 2 routes. 2 of us ( Me and zarina) were taking Komuter ko sentul ….while fazlin and adli went to muzium Negara, and after that, they picked us at stesyen komuter sentul. From sentul, the area of the race shifted to KL and Gombak. After having fun in Komuter and mUzium we went to tasik titiwangsa for kayak. It’s a fun activity coz I think I like kayaking. It’s in my blood mannnn. Huhu. We finish kayak with a wet dress. From titiwangsa…off we went to FRIM.In FRIM, the task was simple where we had to jot down names for trees with a hikers climbers sticker on it. IT was easy.
My nightmare starts after FRIM. Huhu…my legs give me a bad day when we start climbing BAtu Cave. It cramp and I had to stops for a few times. Well….as I reach at the top of the Indian temple, my legs feel ok again. Going down was as fast as a wind…huhu…I call few peoples to ask bout the next check point, which is the kemensah camp near to national zoo. From kemensah, we had to go to stesyen putra LRT gombak. Me and adli continue the journey by car where Zarina and Fazleen went to KL sentral by LRT. We reached KL central by 3.30 pm... Placing? Huhu…I think 20 something out of 60 groups. Not bad for a bad legs and first timer heh...next year? Insyallah and definitely we will join…hope I already finish my master and in Malaysia by then. Aminnn….
|
|
|
|
|
|
| Friday, 27-Apr-2007 12:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edit lagi...
|
|
Serious aku bosan hari ni....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 15-Apr-2007 10:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Saje nak edit gamba...
|
|
Nak edit gamba...tapi takde gamba baru and dah kekeringan idea...rest jap...tu yang lame tak update fotopages
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Apr-2007 06:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Air Keroh Melaka
|
|
Hotel Puteri Air Keroh. Bilik kitorang ngadap pool...
Taraaaaaaaa...
Hujung minggu lepas gi melaka. Tujuan asal nak hantar my cousin shukri ke Jalan Bakri Muar (die dapat jadi rekrut polis...fresh intake). Tapi mak and ayah ajak sekali bercuti jap kat air keroh melaka. aku tak amik banyak gamba sangat mase trip ni. Kat zoo melaka (night safari) pun aku tak snap gamba. Jadi ader la 2 keping gamba ni yang aku rase sedikit relevant utk aku letak kat entry ari ni.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 28-Mar-2007 00:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Still in Marang...after a week...
|
|
Sebahagian gambar yang aku amik ka marang ari tu
|
|
|
|
|
|
| Friday, 23-Mar-2007 01:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Marang...Kuala terengganu.
|
|
Its Me....hehe
Tuan Guru Hj. HAdi Awang...tgh pancing ikan ni....best tu
Ikan ni masih hidup mase aku amik gamba diorang
Sun rise pantai marang
Nelayan
Hujung minggu lepas aku gi ke MArang. Lebih kurang 17 kilometer dari kuala Terengganu sebab nak hadiri kenduri kawin Lissa. Member mase buat praktikal kat UM dulu. Rumah die ni mmg best sebab dekat sangat dengan pantai. Yang gi ke rumah die ni sume anak2 yang membesar di tgh2 kota metropolitan. Jadi bole la tgk aksi2 manusia yang batak macam tak pernah jumpa laut mase kat marang tu. hehe
Satu perkara yang menarik tentang trip aku kali ni ialah ini lah kali pertama sejak 2 tahun lepas aku jejakkan kaki aku kat Terengganu ni. Kirenye dah lame gak la aku tak sampai ke Terengganu. Dulu yang bawak aku jejalalan kat Kuala Terengganu ialah Brut…bekas roommate merangkap coursemate.
Kenduri kawin Lissa berlangsung pada hari sabtu 17 mac 2007. Die nikah pagi pastu tgh hari sampai petang kenduri kawin ngan bersanding. Kirorang gi dengan 3 keta. Best gak gi ramai2 ni. Banyak kerenah manusia yang aku Nampak. Dari melayu sampai ke cina. Nasib baik india takde. Kalau tak mmg Malaysia truly asia la jawabny trip kitorang tu. Sampai hari jumaat petang and kitorang dimaklumkan yang Lissa dah sediakan tempat tinggal untuk kitorang menginap nanti. Tempat tinggal tu yang aku di maklumkan bebudak lelaki akan tinggal di rumah sewa. Pastu bebudak perempuan akan tinggal kat CC yang family Lissa usahakan. Sekarang dah tak jadi CC la.
Petang tu sampai je kat rumah sewa aku mmg sangat teruja sebab suasana kat kat belakang rumah sewa tu mmg cantik. Belakang rumah yang menempatkan kitorang tu ialah laut cina selatan yang terbentang luas. Sayangnya rumah tu tak mengadap laut. Kalau mengadap laut aku rase mesti lagi best. Dalam mase 3 hari kat saner disamping tolong2 kat rumah Lissa sempat la aku, wan ngan ah hong mandi laut. Sampai kecut2 kulit tangan ni.
Pagi sabtu sebelum kenduri kat rumah lissa kitorang subuh2 dah turun pantai utk tgk sun rise. Pagi kat sane mmg cantik. Lebih kurang pkl 7.30 pagi aku dah tak tahan sangat nak mandi. Waahaha….mmg terus terjun kelaut. Tak lama lepas kitorang mandi tu aku ader tgk 3 orang manusia ni tgh memancing. Aku terus dating dekat kat orang tu. Yang bestnye baru aku sedar yang salah satu orang tu ialah Tuan G uru Hadi Awang. Huhu….seronok tgk die memancing ikan selar pagi2. Sekali tarikader la 3-4 ekor ikan yang lekat kat mata joran tu. ….sampai cni je la aku tulis. Dah malas la plk nak taip panjang2 ni….tgk gambar je dah la…huhu
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Mar-2007 00:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Minggu Yang Malang...
|
|
Gambar ni aku amik gune SLR filem mase zaman2 balaja photography dulu
Minggu lepas....adalah minggu yang malang. Bemula dengan seperti minggu2 yang biasa...aku tak sangka banyak perkara yang memening kan aku minggu lepas. Hakikatnya minggu tersebut bermula dengan perkara yang menyeronokkan. UiTM reply email kat aku suruh amik surat pengesahan jawatan kat JPA. Bende malang tu bermula dengan email tersebut walaupun hakikatnya email tersebut menandakan yang aku hampir dapat Tawaran Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM. Aku dapt email tu hari isnin. Hari selasa aku mintak kebenaran dari supervisor aku utk cuti pada hari rabu sebab hari Khamis student final year projek yang aku supervise akan datang utk buat lab work. Terus aku dapat cuti hari rabu tu. Alhamdulillah.
Maka bermula la perjalanan aku hari rabu pagi. Jam 8 pagi aku bertolak dari rumah. Lebih kurang 8.30 pagi aku sampai kat PKNS (ofis mak) utk mintak pengesahan sijil2 & transkip aku. huh....sattle dalam kul 9 pagi. langsung aku bertolak ke putrajaya. Perjalanan tu tak lame...naik moto dari shah alam dalam 30-40 min je. tapi rase lame sebab jalan tu lurus sangat huhu..tapi perjalanan aku pagi tu smooth la. takde halangan. aku sampai kat putrajaya terus cari komples pentadbiran kerajaan kat sane tu. senang je nak cari blok c tu. sampai kat sane aku jumpe pak guard yang ramah....tolong aku tunjuk arah kat mane bangunan yang menempatkan pejabat JPA. alhamdulillah masih lancar lagi urusan aku. masuk je dalam pejabat tu aku terus ke kaunter pertanyaan. pegawai Polis tambahan yang jaga kaunter tu cakap kat tingkat 6. Die bagi aku pas pelawat. Dengan tenang aku naik ke tingkat 6. aku slot kad pintu yang die bagi tu terus aku masuk kat dalam ofis JPA tu (bahagian latihan). mase aku masuk ader la 2-3 orang tgh menunggu pegawai kat kaunter tu. Gi tandas kot. . Tak sampi 5 minit tunggu pegawai tu keluar. terus aku ke kaunter tu bagi borang dah sijil yang dah aku sahkan utk memohon surat pengesahan kelayakan tu. Malang aku bermula disini. ....
Lepas pegawai tu (perempuan) semak surat 2 aku tu...rupa2nya aku tak cukup satu bende....skroll....aku dah gelabah sket dah. tapi masih maintain macho. aku cakap yang aku tak grad lagi. jadi takde la skroll.....die balas...kalau takde skroll kene ader surat pengesahan dari universiti yang menyatakan yang aku ni dah abis blaja....(dammmmm...nape aku tak terfikir pasal bende ni)...huhu..surat tu ader dalam fail aku yang satu lagi. tapi kat rumah laaaa...waaaaaaa ......aku tanye die bole tak surat tu kalau aku faks je ke JPA. die cakap takleh sebab diorang kene tgk gak surat yang original. plus mesin faks diorang rosak...huhu...damnnnnnnn......huhuhu
aku call mak aku mintak tolong die amikkan surat tu kat umah. pastu fotostatkan & mintak tolong pegawai die terus sahkan. mmg aku kene patah balik shah alam...uwaaaaa...jauh tuuu...sakit tu pinggang. Pastu member aku yang lame dah aku tak jumpe (aishah ramlan) kebetulan die ader kat putrajaya cakap nak jumpe aku kat alamanda. Die cakap leh jumpe dalam pkl 10.30 pagi, tapi sampai pkl 12 je sebab kene amik adik die.....sebab aku kene patah balik tu aku tak dapat jumpe die...huhu...siro ek aishah takde rezeki. nanti ko balik lagi time cuti sekolah kite jumpe.huhu.
Asalnya urusan tu boleh sattle pkl 11 pagi. jadi meleret2 sampai pkl 4 petang. Lepas dapat maklumat tu dari pegawai JPA tersebuat aku terus je balik ke shah alam. Ape punya swey tah ari tu polis ader buat road block kat federal highway. asalnya mmg aku taknak lalu faderal ari tu..tapi sebab jalan tu dekat dekat aku teruskan je. dah hasilnya aku kene saman dengan abang polis (terma kasih kerana menyusahkan saya...saya ni student lagi bang...nak makan pun tak cukup duit lagi). Kalau korang nak tau ape sebabnya...sebabnya ialah nombor pendaftaran depan moto aku takde latar belakang hitam. Maka dengan tiada belas kasihannya dan tanpa amaran die terus saman aku. Aku rase mungkin kene bayar kompaun RM 80 kot. Takpe sabar. Lepas kene saman dengan hati yang panas aku terus ke ofis mak kat PKNS dan amik surat tu. ader la sejam kot aku tggu mak. tapi takpe....bole gak aku sejukkan sket hati ni mase menunggu tu...makan jagung dalam mangkuk dan pekena 100 plus satu botol (baru aku teringat yang takde nasik sebutir pun yang masuk dlam perut aku sejak dari malam semalam.....diet la konon). lepas aku dapat surat tu dari mak aku terus je cari petrol stesyen cari minyak...sampai kat sane aku isi minyak. pastu aku tanye kat pam attendant kat mane kedai moto terdekat. die cakap kat depan central sugar tu. mamat tu tanye nape? aku cakap aku kene saman. huhu...pastu die lagi bakar aku pasal ketidakpatutan encik polis yang menyaman akn (terhibur gak hati ni). Dan yang best nye untuk menambah perisa cerita ni plat nombor belakang aku pun tercabut (satu huruf je.....hampeh tul india workshop yang buat palt nombor aku 2 minggu lepas. masuk ni dah 2 kali nombor plat yang die tampal tu tercabut ...nasib baik abang polis tadi tu tak perasan....huhu).
samapi kat workshop moto depan kilang central sugar batu 3 tu aku terus cakap kat pekerja workshop tu suh die suka plat depan and gam balik nombor plat balakang tu. alhambulillah murah je. RM 10. tapiiiiiii....bau aku sedar yang signal belakang dan depan moto aku tak idup. disamping itu...lampu belkang aku pun dah terbakar. hammmmmpehhh......kalau mentol je terbakar takpe....rupenye bateri moto aku kong. pekerja bengkel tu cakap kene tuka bateri. kalau tak lampu ni akan terbakat lagi. huhu.....dengan itu melayang la RM 40 aku kat bengkel tu...huhu...aku siap utusan kat bengkel tu dalam kul 1.30 petang. langsung aku bertolak kat PUtrajaya...
Yang nyatanya perjalanan kali ke2 ke putrajaya ni tak same macam pagi tadi. Awan berarak dan angin bertiup...(macam nak sejukkan hati aku je)....hehe..tapi tak.....kusangkakan panas kepetang...rupa-rupanya panas di tgh hari.....sampai je aku kat selekoh masuk ke putrajaya hujan lebat mencurah2. macam nak menitik je air mata aku mase tu. mungkin Allah nak duga aku. banyak sangat buat dosa kot. Basah lencun aku ari tu. tapi nasib baik beg aku tak basah
Aku masuk semula ke pejabat JPA tu dalam keadaan yang basah kuyup. terus aku cari tandas...guna sume tissu yang ader utk keringkan rambut & baju aku yang basah ni. syabas Mohd Hilmi...anda 50% kering lapas habiskan tissue tandas JPA. hehe . Lepas kuar tandas aku terus ke kaunter pertanyaan tu semula utk amik kad pelawat. mmg aku terkejut beruk mase tu sebab IC aku takde....(nak amik kad tu kene bagi IC). tak berfikir panjang aku terus je bagi lesen memandu aku. aku duduk kat lobi jap tenangkan diri pastu try cari kat mane aku letak IC aku....mmg sah IC aku ilang sebab mmg takde dalam beg atau poket. waaaaa.......gelabah siot...
Akhirnya aku teringat mungkin aku tertinggal IC aku kat mane2 mase aku datang pagi tadi. Mungkin aku tertinggal kat lobi mase aku call mak aku. Sah mmg tertinggal kat lobi. aku gi kaunter pertanyaan tu balik semula. tanye die abang polis tambahan tu ader nampak tak IC saya tertinggal kat lobi. die cari IC aku...dengan penuh berdebarnya aku tunggu.....jeng jeng jeng....huhu....IC aku aderrrrrr...........alhamdulillah sekali lagi. Jam menuhjukkan pkl 1.50 ptg. Aku terus naik tingkat 6 pastu uruskan hal surat pengiktirafan kelayakan. Pkl 2.30 ptg aku berjaya mencapai objektif aku tu. kene tggu sampai pkl 3.30 petang baru aku gi alamanda sebab hujan. windows shoppin jap kat sane. jumpe kedai jam buat sale 60%. hehe...aku rase nak beli jam adidas tu....huhu....(tggu gaji yang dah tertunggak nak dekat 3 bulan ni).
Habis cerita aku hari tu...malang yang satu lagi ni ialah pada hari jumaat. mase tu aku nak Gi UM...(dari sane aku nak gi Umah Lissa ...kenduri kawin die kat Marang Kuala Terengganu dgn bebudak Lab dulu kat UM). Pagi tu aku kuar rumah aku tgk tayar moto aku yang depan tu pancit. menyedari takde kedai yang bukak pkl 6.30 pagi. aku pan je terus tayar tu mengharap boleh sampai ke UM. ternyata aku silap. tayar aku pancit kat NKVE. nasaib baik sempat sampai kat stesyen minyak sebelum simpang DAmansara/petaling jaya. Sampai je kat situ aku pam tayar. tak berjaya. tiub tu rosak terus. ader la sorang mamat bangla pam minyak tu datnag kat aku. konon nye tolong nak call kan orang pam moto. die callkan la. 20 min pastu ader orang ganti tayar datang. die tukar tayar depan motor aku. ingatkan dalam RM 16 je....ternyata aku silap....mamat india tu mintak RM 25....ni la orang paling bodoh yang penah aku jumpa. tiub tayar tu RM 8 je bang. die cakap die kene bayar mamat bangla yang call tadi tu. die cakap mamat bangla tu call orang lain...pastu orang lain tu bariu call die. .......waaa.....aku teraniaya....bangla bodohhhhh....mamat india tu aku takleh cakap bodoh la sebab die pun dank cari makan. tapi jelas mmg aku teraniaya. kita jumpa diakhirat. dah la duit nak gi terengganu ni pun cukup2 paras kerongkong je. hampeh....
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya gak sampai ke retengganu. Tgk Lissa kawin. kawin gak member aku sorang ni...huhu....Entry lepas ni aku nak letak gambar kat marang....gi kenduri kawin sambil bercuti....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 16-Feb-2007 05:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Our New House
|
|
Ni la bakal umah baru keluarga Hassan&Hasnah
Dah lame sebenarnye nak ader rumah kat atas tanah sekeping ni.mak ayah aku dah berangan sejak 5 tahun lepas sejak tapak rumah ni diterangkan. asalnye tapak rumah ni ialah kebun kelapa sawit. aku ader la gak tolong2 sket ayah aku nak terangkan tapak tanah rumah ni. mostly ayah aku yang buat. dari tebang pokok kelapa sawit , potong2 batang kelapa sawit , tebas semak samun, bakar batang kelapa sawit sampai tambak tanah ayah aku yang buat (sume buat manual tanpa bantuan jentera berat kecuali menambak tanah). rumah baru ni mak aku yang design plan. huhu . ...gune exel jek...cayalah mak. ape yang aku perasan, mak kekadang tidur lewat semata2 nak godek2 plan rumah ni. lepas finalize, and mendapat mandat dari ayah....taraaaa....projek membina rumah ni pun bermula. banyak gak rintangan. dari hendak mencari kontraktor yang benar2 pakar, sampai ke mencari orang untuk menambak baki tanah yang belum ditambak kitorang sekeluarga tempuhi. setelah mak&ayah berdebat sekian lama soal siapa yang akan menjadi kontraktor...akhirnya kedua2nya mencapai sepakat untuk melantik Encik Johar sebagai kontraktor (itu pun setelah mendapat recomendation yang banyak dan melihat rumah contoh yang encik johar (Wak Ju) buat kat temat lain). mak cakap rumah yang die buat tak retak mase gempa bumi kat pork klang hari tu. semoga WAK Ju buat rumah kitorang elok2. bukan setahun dua nak duk kat ctu. sampai ke cucu cicit aku bace entry fotopages ni pun agaknye diorang masih duk kat umah tu (kire rumah pusakan la ni). Antara kriteria yang kitorang pilih mase nak cari kontraktor rumah ni :
| Quote: | 1. Mesti bukan ahli keluarga (nanti jadi ape2 senang nak marah orang tu...kalau keluarga ni susah sket la kan)
2. Mesti bukan kawan2 rapat keluarga (alasan same macam yang pertama)
3. Mesti dah ader banyak pengalaman
4. pekerja mesti cukup dan mahir (kalau tak nanti buat rumah tah ape2)
5. modal pusingan mesti cukup (kalau setakat kontraktor ader duit 2-3 ribu takyah la nak mimpi buat umah....nanti umah tak siap...die bawak lari duit kite)...we are talking bout 200k mannnn....
6. Sedia dengan kecerewetan mak aku...huhu |
Asalnya harga untuk rumah ni ialah RM 170,000...tapi tah macam mane naik sampai RM 250,000. Wak ju mmg rugi buat rumah kitorang ni sebab die dapat pulang modal je. tapi die cakap takpe. rumah kitorang ni kirenye mcam rumah contoh untuk die la. sebab kat kawasan tu, rumah ni la rumah pertama yang die bina (kire nak tarik pelanggan la ni). Alhamdulillah Wak Ju cakap setakat ni dah 3 orang yang serious bertanye kat die pasal nak buat rumah (and tak terbilang yang sekadar bertanye kos rumah macam rumah kitorang ni) .
dah penat menaip ni...takpe sambung lain kali citer pasal umah.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Jan-2007 01:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Doa...
|
|
2-3 minggu ni banyak bende masuk dalam kepala aku. dari kerja lab yang kadang2 tak menentu and benda yang melibatkan soal hati dan perasaan. kadang2 susah gak nak describe bende2 camni sebab ianya sangat complicated. even aku sendiri tak paham and tak tahu macam mane nak describe. baru aku perasan yang aku masih tak mampu nak bagi sepenuh perasaan kat sesiapa lagi. aku mintak maaf kepada sesiapa yang terlibat, yang bakal terlibat or yang akan terlibat. betul orang cakap. suka atau tidak suka kite kat seseorang tu kadang2 boleh dibina dan kadang2 tidak. terus terang dalam beberapa minggu ni aku banyak berfikir soal hati. huhu...karat la pulak. aku rasa bersalah kalau tak dapat bagi sepenuh hati kat orang...infact bende ni la yang aku lalui sekarang. sampai malam semalam mase akak sepupu aku tolong picitkan badan aku yang sakit ni die sempat tanye...ko selalu sakit kepala ke mie?...die bole agak sebab die mmg betul2 tau urut...yes betul sejak kebelakangan ni aku selalu sakit kepala dan tak tahu nak memilih.
Dia terlalu baik. jauh lebih baik dari aku. sangat baik. infact aku sangat malu pada dia kerana kelembutan dan kebaikan dia. yang aku persoalkan hanya aku....dan hanya aku yang rasa resah...tak pasti tentang hati...tak pasti hala tuju hati ni...sebabnya...mungkin tidak dapat melupakan satu jiwa lain yang telah mengikat aku sebelum aku kenali dia..maafkan aku...walaupun sebentar dan tidak berbalas.tapi masih ada dalam hati sampai sekarang....i hate it...aku tak suka rasa tidak pasti. sebab seingat aku dalam sepanjang hidup aku ni jarang sekali aku tempuhi rasa tak pasti..."bole kee?" "nak keee?"...ahhh...semua ni buat aku jadi makin tak pasti dan aku yakin sesiapa yang membaca tulisan aku ni pun mmg tak pasti kemana arah tuju tulisan ni.
the fact that i really hurt when i see her page. aku tahu aku tak kisah. tapi sesekali bile terbukak page tu akan menyebabkan hati ni tidak pasti. sampai kehari ini...aku tergerak nak meulis setelah sekian lama aku pergi ke page tu...terus terang aku cakapkan yang setiap kali aku pergi ke page tu hati ni akan rasa tidak normal...selalu terfikir why its not me...kenapa orang lain. kenapa dan kenapa. setiap kali aku lawati page tu makin tidak pasti aku kepada hati yang telah diberikan kepada orang lain ni makin menebal. makin mendalam....dan aku takut rasa tidak pasti ini akan menyebabkan ada org lain terluka. aku taknak buat orang lain terluka disebabkan ketidakpastian hatiku ini...sehingga hari ini ader perkataan sayang di page tersebut. buat aku rasa tidak normal...rasa tidak normal tu melepasi treshold pada hari ini...apa yang aku pasti dia bahagia...mungkin itu sudah cukup untuk membuatkan aku lega.
aku harap orang yang dipilih tu baik dan sesuai utk dia. semoga panjang umur dan murah rezeki hingga ke akhir hayat.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Jan-2007 07:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kotak
|
|
2 Hari gak aku amik mase nak design kotak ni. Ni kire first pengalaman aku try design kotak ni.blaja dari wizard yang aku search dari web site macam mane nak buat bende alah ni gune photoshop. aku tau kalau sesape yang kt luar tu kalau dah pro bole siap sejam je kot ape yang aku buat ni. anyway...ni first trial aku and harap dapat komen sket.
|
|
|
|